Sabtu, 1 November 2014

Cara Belajar Matematik

Cara Belajar Matematik

1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
2.       Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3.       Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar adik.

Bahan Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengajar

Contoh Persedian Mengajar Menggunakan Model Konstruktivisme dan Contoh Lembaran Kerja

Cara Pantas Mendarab

Cara Pantas Mendarab


Apa Itu Matematik?

Apa Itu Matematik?


Matematik

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.

Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti".

Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.

Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.

Etimologi

Perkataan "matematik" dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris iaitu "mathematics" sebenarnya berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang bermaksud mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Kata adjektifnya adalah μαθηματικός (mathēmatikós), berhubung dengan pembelajaran, atau dipelajari, yang maksudnya lebih bermaksud mathematikal. Dalam perkara tertentu, μαθηματικὴ τέχνη (mathēmatikḗ tékhnē), dalam bahasa Latin ars mathematica, bermaksud seni matematik.

Bentuk jamak yang jelas di dalam bahasa Inggeris, seperti juga bahasa Perancis bentuk jamak les mathématiques (dan bentuk ambilan singular yang kurang digunakan la mathématique), berpatah balik kepada kata jamak neuter Latin mathematica (Cicero), berdasarkan kepada perkataan jamak Yunani τα μαθηματικά (ta mathēmatiká), yang telah digunakan oleh Aristotle, dan ia bermaksud secara kasar sebagai "semua benda adalah matematik". Dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun, kata noun mathematics mengambil bentuk perkataan singular. Ianya biasa dipendekkan kepada math dalam kawasan America Utara yang berbahasa Inggeris dan maths di tempat lain

Pengiraan Melibatkan Nombor Berarah (Integer, Pecahan dan Perpuluhan)

Pengiraan Melibatkan Nombor Berarah (Integer, Pecahan dan Perpuluhan)



Kaedah-kaedah untuk mengira nombor berarah (directed number) melibatkan gabungan operasi +, -, x, ÷ dan tanda kurungan (brackets) adalah sama seperti kaedah-kaedah yang digunakan bagi integer.

Kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:
  1. Selesaikan operasi dalam kurungan (brackets) terlebih dahulu.
  2. Kemudian, darab dan bahagi dari kiri ke kanan.
  3. Akhir sekali, tambah dan tolak dari kiri ke kanan.

Contoh 1:
Kirakan nilai-nilai berikut.
  • -1/2 + (-0.37) - (-5)
    Jwb:
    Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
    = -0.5 - 0.37 + 5
    = -0.87 + 5
    = 4.13
  • 10 - (-13/4) x (-0.5)
    Jwb:
    Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
    = 10 - (-3.25) x (-0.5)
    = 10 - [(-3.25) x (-0.5)]
    Lakukan operasi darab terlebih dahulu.
    = 10 - (3.25 x 0.5)
    = 10 - 1.625
    = 8.375
  • 0.6 + (-5/3) ÷ (4/15) - 2
    Jwb:
    = 0.6 + [5/31 x 155/4] - 2
    = 0.6 + [-25/4] - 2
    Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
    = 0.6 + [-6.25] - 2
    = 0.6 - 6.25 - 2
    = -7.65

Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Inkuiri Penemuan

Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Inkuiri Penemuan

Bidang Pembelajaran : POLIGON
Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar untuk :
i. Memahami konsep poligon
Hasil Pembelajaran : Murid akan :
i. Mengenal poligon
ii. Menamakan poligon
Masa : 2 waktu
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenal garis lurus, sisi dan bucu bagi bentuk segitiga dan segiempat
FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
  1. PERSEDIAAN
  • Memerhati
  • Menciri
  • Mengelas
  • Menyoal


  1. Murid membentuk kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberikan beberapa bentuk(Rujuk Lampiran 1)
  2. Murid memerhatikan bentukyang diberi dan mengelaskan bentuk kepada dua kumpulan.


Bolehkah kamu asingkan bentuk-bentuk itu kepada dua kumpulan?’.


Apakah ciri-ciri yang kamu guna dalam proses pengelasan?’.

2. IMAGINASI
  • Meneroka
  • Merancang
  • Meramal
  • Membuat hipotesis
  1. Murid menyenaraikanbentuk-bentuk dua dimensi yang tertutup dan bergaris lurus.

Bagaimana kamu memastikan suatu bentuk itu tertutup?’.

Adakah semua bentuk tertutup dan bergaris lurus?’.

3. PERKEMBANGAN
  • Menguji hipotesis




  1. Murid mengasingkan bentuk-bentuk kepada dua kumpulan, iaitu
  1. A : bergaris lurus dan tertutup
  2. B: tidak bergaris lurus atau tidak tertutup

  1. Murid melukis bentuk mengikut kumpulan di papan putih.
  2. Murid menamakan bentuk dalam Kumpulan A berdasarkan bilangan sisi.

Apakah yang kamu dapat perhatikan pada bentuk-bentuk dalam Kumpulan A?’
Apakah yang dapat kamu nyatakan daripada hasil dapatan kerja kamu tadi?’.


Apakah persamaan yang kamu boleh lihat pada bentuk- bentuk dalam Kumpulan A?’
Apakah nama bagi Kumpulan A?’

4. TINDAKAN
  • Membuat kesimpulan
  • Dokumentasi

1. Murid melengkapkan Lembaran Kerja.
2. Murid membuat kesimpulan daripada hasil kerja mereka.

Apakah yang kamu boleh rumuskan mengenai hasil kerja kamu?’
Apakah pengetahuan baru yang kamu peroleh?’

PENTAKSIRAN
Murid menyatakan konsep poligon dan membantu rakan-rakan.

NILAI DAN SIKAP
Mendengar arahan dengan teliti, jujur, saling membantu dan menghargai pandangan orang lain.

Minat Terhadap Subjek Sains & Matematik Ditahap 28 % - Fadillah

Minat Terhadap Subjek Sains & Matematik Ditahap 28 % - Fadillah
KUALA LUMPUR: Penyelidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menunjukkan minat dalam Sains dan Matematik di sekolah dan universiti ialah di tahap 28 peratus, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.
"Kementerian mahu peratusan minat dalam Sains dan Matematik meningkat kepada60 peratus supaya kumpulan bakat dalam Sains, Teknologi dan Inovasi(STI) dapat diperbesarkan," katanya kepada Bernama pada majlis penyampaian hadiah Yayasan Sains Toray Malaysia (MTSF) di sini.
Fadillah menyampaikan anugerah dan geran kepada 34 saintis dan penyelidik, sebagai mewakili Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pada majlis itu.
Jumlah pemohon bagi anugerah dan geran itu adalah terbanyak bagi tahun ini, iaitu 318 bagi geran, 140 bagi Anugerah Pendidikan Sains dan 20 bagi Anugerah Sains dan Teknologi.
Fadillah berkata peningkatan jumlah pemohon yang menghantar penyelidikan dan inovasi mereka merupakan satu petanda baik. "Dengan kewujudan MTSF, ia akan menyediakan peluang kepada penyelidik untuk diberikan anugerah. Dengan anugerah ini, penyelidik akan diiktiraf bagi hasil kerja mereka dan akan memudahkan mereka mendapat pembiayaan, yang merupakan satu insentif.
Beliau berkata kementerian sedang mencari jenis sokongan dan insentif seperti yang diberikan MTSF untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara STI yang maju.
"Saya menggesa organisasi di Malaysia untuk fokus kepada penyelidikan dan pembangunan untuk STI, daripada segi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memacu inovasi dan kreativiti," katanya.-BERNAMA